Ahad, 1 Februari 2009

TAHNIAH BUAT PESERTA KURSUS

Alhamdullilah Kursus siri 1/2009 telah berlangsung dengan begitu lancar dimana seramai 65 orang telah menghadiri Kursus Latihan Pengurusan bagi Modul Bisnes Program Berterusan Kontraktor anjuran CIDB Malaysia. Program yang berlangsung pada tanggal 26 hingga 29 Januari 2009 telah dilaksanakan di Pusat Latihan YSP yang merupakan Pusat Latihan bertauliah CIDB.

Modul Bisnes yang memuatkan lima LP iaitu LP Perundangan, Sumber Manusia, Sumber Dana, Perakaunan Projek dan Pengurusan Projek telah memberikan pendedahan ilmu yang begitu berkesan kepada para peserta.

Pensyarah yang berpengalaman luas telah memberikan pendedahan yang merungkai kekusutan peserta. Diakhir kursus satu pelan tindakan bagi memastikan semua peserta bakal melaksankan ilmu secara yang bermanfaat serta mengikut strategi yang tepat.

Bekas peserta akhirnya telah berpakat untuk menubuhkan NGO yang bakal membantu pengembangan jaringan bisnes. Ngo bisnes, sosial serta budaya bakal ditubuhkan.
Program bagi bulan febuari akan berlangsung pada 16-19 Febuari 2009. Hubungi sekretariat program 03-40235155.

Rabu, 21 Januari 2009

Selasa, 20 Januari 2009

200,000 pekerja hilang kerja?........ulasan pakar...TPM Kata EKONOMI masih kukuh...

200,000 pekerja hilang kerja?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, sebagai langkah bertahan, syarikat terbabit mula melakukan pemotongan kos operasi dengan menghapuskan sistem kerja lebih masa atau menghentikan pekerja dan bagi kes yang kritikal, sudah ada yang menutup operasi atau cawangan.

Katanya, perkembangan negatif itu berpunca daripada kekalutan ekonomi global sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun yang menjadi pasaran utama produk elektrik dan elektronik negara.

“Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga 2010 dan paling awal pasaran dapat distabilkan ialah dalam jangka masa 18 bulan.

“Pada 1998, seramai 85,000 pekerja diberhentikan dan kali ini kita jangka angka itu meningkat sekali ganda mencecah 200,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bahawa kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Shamsuddin berkata, menyedari keadaan yang semakin getir, MEF telah bersemuka dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan syarikat yang mula tenat itu diberi sedikit bantuan untuk bernafas.

Katanya, MEF telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyemak semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 26 peratus yang mula dikuatkuasakan pada Julai 2008.

“Semakan kadar itu bukan sahaja untuk sektor industri dan perniagaan bahkan orang ramai juga berhak menikmati kadar tarif baru.

“Kalau kedua-dua sektor ini terbeban, duit tak ada banyak dan orang pun tak berbelanja, sebab itulah kita perlu merangsang ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, MEF juga mencadangkan kerajaan menggantung pembayaran levi satu peratus daripada jumlah pembayaran gaji pekerja pada setiap bulan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Katanya, walaupun menyedari caruman itu bertujuan mengisi dana latihan pekerja, namun MEF berpendapat lebih elok jika kerajaan menggantung sementara caruman tersebut.

Rabu, 14 Januari 2009

BENARLAH UNGKAPAN PEPATAH MELAYU.....JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN

Kehadiran teman-teman daripada Brunei membuka sedikit ruang kotak fikiran. Saya tekankan Islam mesti dipuncak, Islam mesti memimpin, Islam mesti bersatu...satu kelompok yang kaya raya tanpa hubungan dan kasih sayang tiada membawa pengertian dalam proses kehidupan tamadun manusia lihat sahaja Palestin...bukankah jiran-jiranya negara Arab yang kaya...

Malam tadi DPIM Selangor dan Syarikat Kerjasama Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (SKKP)telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), MOU dalam usaha mewujudkan hubungan perniagaan di Brunei dan Malaysia...muga Allah merestui dan merahmati.

Beberapa bentuk asas persetujuan dalam perniagaan meliputi perkhidmatan membawa pelajar Brunei ke IPT di Malaysia.SKKP dan DPIM Selangor akan mewujudkan satu sekretariat bagi memudahkan urusan. DPIM Selangor akan berurusan dengan IPT di Malaysia manakala SKKP mencari Pelajar di Brunei....

Perniagaan yang lain akan menyusul..makanan halal, pakaian, hartanah, pelaburan dan lain-lain...dalam tempoh dua minggu daripada sekarang delegasi daripada DPIM Selangor akan ke Brunei...

Selasa, 13 Januari 2009

KUIS, UNISEL , MAKAN MALAM DAN YB RODIAH..

Pagi tadi rombongan brunei telah ke ICHS kemudian ke KUIS, di KUIS bertemu dengan Dato Adnan , Sdr Mohd Shah dan Sdr Hj Khairi..nampak menarik...sambutan daripada teman Brunei memberangsangkan...daripada KUIS terus ke UNISEL agak terlewat...hujan pulak di Shah Alam...bertemu di Tingkat 5, Prof Dr Anuar Ahmad, Hjjah Rokma dan Prof Muhammad Daud...

Sesuatu akan berlaku, kita mengharapkan adanya pelajar Brunei menyambung pelajarannya di UNISEL dan KUIS...

Malam makan malam bersama YB Rodiah Exco Kerajaan Negeri Selangor...menu masakan china..terima kasih YB..semua seronok...pelbagai wakil ada...

Ahad, 11 Januari 2009

LAWATAN DELEGASI BRUNEI DARUSSALAM...

Mulai 9 Jan 2009 jam 2.30 petang teman-teman daripada Negara Brunei Darussalam sampai, sdr Onn berkhidmat selaku Menteri pengiring. Saya telah aturkan jadual lawatan kebebarapa kolej serta membuat Business Matching
9 Jan - Makan Malam bersama CEO dan Pegawai-pegawai ICHS di Bankers Club, KL
10 Jan Pagi - majlis Perasmian Seminar Serantau Di Kuis.
- Makan Malam bersama Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Selangor, Hj Sahar Mat Din di Residence Hotel, Uniten.
11 Jan - Sesi Business Matching - IT Bridge (Dr Hassan), Ana Solehah (Bahrin), Granulab (Romli), Permata Dinar(Amran), Anuar Syamsi, Minggo Minggo Icecream, Pelbagai produk (Dato' Yakob)
12 Jan - Lawatan ke ICHS, KUIS, UNISEL dan Makan Malam Di Calton Holiday - YB Rodiah Ismail, Exco Selangor.
13 Jan - Sesi Business Matching JIMB dan Lawatan Ke UIAM

Saya merasakan inilah satu sesi berfikir diluar kotak, bisnes kena terbuka dan luas. Semangat juang ahli bisnes mesti kental bukan sekadar mengharapkan projek kerjaaan sahaja. Pasaran orang Islam luas...beberapa rangka kerja bersama rakan dagang brunei telah di susun oleh DPIM Selangor...lawtan dagang ke brunei, Jakarta, China, India...Islam mesti memimpin

Rabu, 7 Januari 2009

JEMPUTAN KE BENGKEL PROSPEK DANA PEMBIAYAAN BISNES

Bengkel prospek Pembiayaan Dana Bisnes 2009;
Tarikh: 15 Januari 2009 (8.30 pagi-1.00 tgahri)
Tempat : Pusat Latihan YSP , Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 KL
Pembentang : MECD, SMIDEC, TEKUN NASIONAL, CGC dan Bank Islam
Pertanyaan: Tel :03-40235155, 012-3157358 Faks: 03-40234155, email:ysp2007my@yahoo.com