Khamis, 3 Mac 2011

KAD HIJAU CIDB

Kad Hijau CIDB

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Kad Hijau?
Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma.
Apakah Kad Hijau?
Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Kad Hijau?
Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut : terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan. mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. berumur tidak kurang dari 16 tahun
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau?
Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my/. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat. Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.
Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Kad Hijau?
Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB terdekat atau melalui pos. Pemohon perlu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan gambar, salinan kad pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang diperlukan. Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa pemohon berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses terus hanya jika jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima. Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat melalui wang pos/bank deraf/cek bank atas nama ’Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia’. CIDB akan menghantar kad baru melalui pos.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Kad Hijau baru bagi menggantikan kad yang telah hilang?
Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad gantian dengan mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut:Gambar berwarna terbaru berukuran gambar kad pengenalanSalinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja.Bayaran denda RM 20.00.Jika Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosidur untuk mendapatkan kad adalah sama seperti prosedur membuat pembaharuan

Layari http://ysptraining.blogspot.com/