Jumaat, 31 Oktober 2008

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN BERTERUSAN NEGERI SELANGOR
Continuous Entrepreneur Development (CED-S)

Tajuk Program

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN BERTERUSAN

Agenda Utama
Membudayakan Bisnes, Bisnes Satu Budaya
Objektif Program
· Melahirkan Usahawan Kreatif
· Membangunkan Usahawan Berilmu
· Membudayakan Keusahawanan Dalam Masyarakat
· Menjadikan Bisnes Satu Kerjaya
Kandungan Utama Kursus
§ Modul Kesedaran (AWARENESS)
§ Modul Peningkatan (UPGRADE)
§ Modul Global (GLOBAL)
§ Modul Koperasi (COOPERATIVE)
Skop Modul
I.Modul Kesedaran (AWARENESS)
II.Modul Peningkatan (UPGRADE)
§ Mari Kita…
§ Pengurusan Perniagaan
§ Kita dan Bisnes
§ Pengurusan Pemasaran
§ Keindahan Bisnes
§ Pengurusan Kewangan
§ Kita Bermula Disini
§ Pengurusan Perakaunan
§ Perundangan Dalam Perniagaan
§ Pengurusan Sumber Manusia
§ Lesen dan Pendaftaran
§ Pengurusan Bekalan
§ Kementeraian dan Agensi
§ Pembangunan Kontraktor
§ Jenis dan Bidang Perniagaan
§ Pembangunan IKS
III. Modul Global (GLOBAL)
IV. Modul Koperasi (COOPERATIVE)
§ Perdagangan Luar Negara
§ Pembangunan Perniagaan
§ Pasaran Luar Negara
§ Penambahan Saham Ahli
§ Kewangan Luar Negara
§ Pelaburan Koperasi
§ Agensi Pemasaran
§ Kecekapan Pengurusan
Pecahan Latihan

Fasa 1
· Modul Kesedaran (AWARENESS)
· Modul Peningkatan (UPGRADE)
USAHAWAN BARU
Fasa 2
· Modul Peningkatan (UPGRADE)
· Modul Global (GLOBAL)
USAHAWAN SEDIAADA
Fasa 3
· Modul Koperasi (COOPERATIVE)
MEMBANGUNKAN KOPERASI
Modus Operandi
Makluman
Pengumuman Media, Iklan Akhbar, Internet, SMS
Pendaftaran
Mengisi Borang melalui iklan , Daftar On line & SMS
Pemilihan
Peserta dipilih mengikut kecenderungan melalui maklumat borang penyertaan.
Tempat Latihan
Pusat-pusat latihan yang telah disenaraikan di setiap Daerah
Latihan Amali
Tempat-tempat perniagaan yang telah disenaraikan
Konsultan
Jurulatih terdiri daripada kalangan usahawan berpengalaman dan profesional
Bilangan Peserta
-50 orang bagi modul Awareness
- 40 orang bagi modul Upgrade, Global dan Cooperative
Metedologi
Syarahan, Tayangan Slide, Kajian Kes, Soal Jawab, Perkongsian Pengalaman, Praktikal, Lawatan dan Ujian
Bahan Latihan
Nota, Pembentangan dan Kertas Catitan
Pencapaian
Ujian Kefahaman diberikan bagi menguji tahap kefahaman selepas kursus
Tempoh Masa
- Awarness – 1 hari
- Upgrade, Global, Cooperative – 4 hari (mengikut program)


Email : ysp2007my@yahoo.com, Tel: 03-40235155 Faks : 03-40234155

PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SECARA BERTERUSAN

PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SECARA BERTERUSAN

‘ Continuous Contractor Development ( CCD ) ‘

1.PENGENALAN

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan ini bersandarkan kepada CIMP melalui Teras Strategik 2 - Berusaha Meningkatkan Imej Industri Pembinaan serta Strategi Inisiatif 1 – Menggalakkan professionalisma dalam industri pembinaan.

2.OBJEKTIF PROGRAM

Program CCD dalam industri pembinaan dibangunkan dengan objektif-objektif yang disenaraikan seperti berikut ;

i.Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisma kontraktor dan industri pembinaan negara secara umumnya.

ii.Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan.
iii.Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
iv.Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti industri pembinaan
v.Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.

3.KONSEP PROGRAM CCD
Program CCD ini memperkenalkan sistem pungutan mata yang dikenali sebagai Mata CCD atau ‘ CCD Points ‘ melalui penglibatan kontraktor di dalam pelbagai acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CIDB ataupun penganjur yang berdaftar bersama CIDB.

Kontraktor perlu mengumpul jumlah mata yang ditetapkan sepanjang tempoh aktif sijil pendaftaran kontraktor CIDB dan jumlah mata terkumpul digunakan bagi tujuan pembaharuan sijil kelak.

4.PROGRAM / AKTIVITI MENAWARKAN MATA CCD

Di antara program/aktiviti yang terlibat di dalam penganjuran program mata CCD ini adalah seperti di bawah ;

i.Penglibatan di dalam program/aktiviti seperti berikut ;

•Persidangan
•Forum
•Seminar
•Kursus
•Bengkel –bengkel Teknikal
•Sebagai Ahlijawatankuasa atau Peserta
•Memberi Ucaptama
•Lawatan Teknikal
•Latihan
•Lain-lain akan ditentukan dan yang akan dikenalpasti oleh CIDB

ii.Penglibatan dalam Jawatankuasa Pembangunan Program anjuran CIDB.

iii.Terlibat di dalam forum, persembahan dan pembentangan kertas kerja sebagai

•Pengerusi Forum
•Ahli Panel
•Penceramah

iv.Berkhidmat kepada persatuan/penubuhan sebagai kapasiti berikut ;

•Presiden
•Timbalan Presiden
•Ahli Jawatankuasa Tertinggi
•Ahli Biasa
•Mewakili Persatuan/Pertubuhan dalam aktiviti –aktiviti tertentu

v.Penerbitan bahan ilmiah seperti buku-buku dan penyumbangan artikel–artikel kepada terbitan yang berkaitan dengan industri pembinaan.

vi.Penglibatan dan sumbangan kepada aktiviti pertubuhan/persatuan yang berkaitan.

vii.Lain–lain, akan ditentukan dan yang akan dikenalpasti oleh CIDB.

5.PESERTA PROGRAM MATA CCD

Peserta program adalah terdiri daripada personel utama yang dibenarkan mewakili syarikat bagi menyertai ‘ CCD Events’ dan mengumpul mata CCD bagi pihak syarikat.

i. Pemilik syarikat
ii. Pengarah Syarikat
iii. Rakan Kongsi Syarikat
iv. Pegurusan utama syarikat yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF.
v. Staf Teknikal dan pengurusan yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF.

6.MATA CCD


GRED
PENDAFTARAN MATA CCD SETAHUN

G1, G2 10

G3, G4 20

G5, G6 30

G7 40


7.PENGESAHAN MATA CCD

Peserta bagi setiap program/aktiviti yang berkenaan perlu membuktikan penglibatan dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Progran mata CCD tidak hanya tertakluk kepada penganjuran CIDB sahaja. Ia terbuka kepada persatuan-persatuan/organisasi–organisasi/pusat pengajian tinggi yang berkaitan dalam industri pembinaan dan aktif dalam penganjuran program/aktiviti seumpamanya.

Testing

Boleh?

Khamis, 9 Oktober 2008

PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR

Program Pembangunan Kontraktor anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)mempelawa usahawan dan kontraktor untuk menghadiri program latihan pembangunan kontraktor yang menyediakan pelbagai pelbagai modul khusus untuk kontraktor. Peserta yang menghadiri program ini akan memperolehi mata CCD. Mata CCD adalah wajib bagi kontraktor yang akan memperbaharui lesen kontraktor.

Pertanyaan serta penyertaan hubungi Pusat Latihan YSP No Telefon: 03-40235155, Faks 03-40234155 Email: ysp3737my@yahoo.com

Selasa, 7 Oktober 2008

Pasaran global menguncup

Pasaran global menguncup

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, berikutan kerugian saham berkaitan perladangan ketika harga komoditi turut mencatat harga rendah, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 19.86 mata atau 1.95 peratus rendah pada 996.84, dipengaruhi oleh aliran menurun saham perladangan seperti IOI Corp dan KL Kepong, yang menolak indeks ke jajaran negatif.

Indeks Komposit (IK) dibuka 3.31 mata lebih rendah pada 1,013.39 semalam.

Indeks Perindustrian susut 19.54 mata kepada 2,207.03, Indeks Kewangan turun 131.39 mata kepada 8,088.60 dan Indeks Perladangan turun 184.32 mata kepada 4,550.27.

FBMEmas susut 131.39 mata kepada 6,613.80, FBM30 turun 123.03 mata kepada 6,444.13, FBM2BRD susut 90.98 mata kepada 4,876.88 manakala FBMMesdaq berada 118.85 mata lebih rendah kepada 4,876.88.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 458 berbanding 139, manakala 190 kaunter tidak berubah, 548 tidak diniagakan manakala 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan semalam menokok kepada 415.385 juta saham bernilai RM929.629 juta berbanding 329.689 juta saham bernilai RM815.834 juta pada penutup Jumaat.

TA Securities berkata, harga komoditi yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) akibat krisis kreditnya, dijangka menjadikan harga minyak kelapa sawit mentah kekal di bawah paras RM2,000 setan.

Ini akan menjejaskan indeks saham perladangan berwajaran tinggi, katanya.

“Dalam pada pelabur kembali semula ke pasaran selepas cuti Aidilfitri yang panjang dan belian oleh dana tempatan dijangka dapat menampan pasaran Bursa Malaysia minggu ini, pasaran saham AS yang semakin buruk dengan Indeks Perindustrian Dow Jones dijangka jatuh ke paras psikologi 10,000 mata mungkin menjejaskan teruk pasaran luar,” kata firma penyelidik itu.

Sebarang kelemahan berterusan dijangka mencabar semula paras sokongan psikologi 1,000, dengan aliran menurun menuju paras 980.

Ujian semula pada paras rendah 963 tidak boleh ditolak jika pasaran global terus menguncup, kata TA Securities.

Antara saham aktif, KNM susut 11 sen kepada RM1.09, IOI Corp turun 16 sen kepada RM3.94, Kinsteel rugi 4.5 sen kepada 51.5 sen dan TM ditutup 10 sen rendah kepada RM3.30.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok lima sen kepada RM6.65, Tenaga turun 15 sen kepada RM6.60, Maybank susut lima sen kepada RM6.55 manakala Genting turun 10 sen kepada RM5.30.

Ia adalah kali kedua pada tahun ini IK ditutup di bawah paras 1,000.

Pada 18 September, IK ditutup pada 991.66 mata, paras terendah sejak Jun 2005.

“Kemungkinan akan berlaku pantulan teknikal menjelang akhir minggu ini.

Pasaran dijangka tidak turun di bawah paras 993,” kata seorang peniaga.

Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 338.469 juta saham bernilai RM914.996 juta berbanding 292.590 juta saham bernilai RM809.972 juta pada penutup Jumaat.

Jumlah dagangan di Papan Kedua menambah kepada 22.211 juta saham bernilai RM8.966 juta berbanding 11.095 juta saham bernilai RM2.816 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 18.578 juta saham bernilai RM4.667 juta berbanding 7.206 juta saham bernilai RM2.324 juta.

Waran panggilan meningkat kepada 36.128 juta saham bernilai RM1.0 juta berbanding 18.799 juta saham bernilai RM721,807 sebelumnya.

Urus niaga langsung meningkat kepada 64.938 juta saham bernilai RM27.063 juta berbanding 56.866 juta saham bernilai RM273.915 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 12.688 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 65.226 juta, pembinaan 31.737 juta, perkhidmatan perdagangan 110.487 juta, teknologi 3.368 juta, infrastruktur 7.263 juta, kewangan 34.107 juta, hotel 1.925 juta, hartanah 18.411 juta, perladangan 37.509 juta, perlombongan tiada, REIT 1.990 juta, dana tertutup 153,200, ETF 1,000 dan pinjaman 13.606 juta. - Bernama

12 firma BioNexus catat untung besar

12 firma BioNexus catat untung besar

DASAR Bioteknologi Kebangsaan yang bakal memasuki fasa komersial pada 2011 berada pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran fasa pertamanya apabila 12 syarikat berstatus BioNexus mula merekodkan keuntungan.

Ketua Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata majoriti daripada 71 syarikat yang diberikan status BioNexus adalah syarikat yang baru ditubuhkan.

“Daripada jumlah itu, 12 syarikat mencatatkan jumlah keuntungan bersih belum diaudit terkumpul bernilai RM28 juta daripada Jun 2007 hingga Jun lalu,” katanya selepas mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Bioteknologi Ketiga di Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat IAP yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu diadakan bersempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2008 yang bermula hari ini hingga Khamis.

Iskandar Mizal berkata, walaupun Pelan Induk Bioteknologi belum memasuki fasa komersial, semua syarikat status BiNexus mula melaksanakan aktiviti pengkomersialan masing-masing.

Katanya, daripada jumlah itu, 12 syarikat yang mencatat keuntungan itu sudah melaksanakan pemasaran.

“Apa yang lebih penting selepas ini adalah perkembangan aktiviti pemasaran syarikat terbabit untuk menembusi pasaran yang lebih luas bagi produk serta perkhidmatan yang dikomersilkan.

“Kami juga menjangkakan syarikat berstatus BioNexus akan melaksanakan aktiviti pemasaran menjelang fasa komersial Pelan Induk Bioteknologi,” katanya.

Katanya, kebanyakan aktiviti pengkomersialan membabitkan kerjasama syarikat berstatus BioNexus dengan penyelidikan institusi pengajian tinggi tempatan.

Katanya, antara penyelidikan yang dikomersilkan oleh syarikat berstatus BioNexus terbabit adalah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Melihat perkembangan semasa, kami yakin Dasar Bioteknologi Kebangsaan berada pada landasan tepat untuk mencapai matlamatnya.

“Perkembangan industri ini memang mengambil masa lama. Contohnya industri bioteknologi di Amerika Syarikat mengambil masa antara 20 hingga 30 tahun untuk mencatatkan keuntungan besar,” katanya.

Minyak mentah jatuh di bawah AS$90 setong

Minyak mentah jatuh di bawah AS$90 setong
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
HARGA minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$90 setong semalam susulan kebimbangan kemungkinan pertumbuhan perlahan ekonomi global yang dijangkakan menjejaskan permintaan bahan api itu.

Kontrak penanda aras minyak bermutu tinggi, ‘Light, Sweet’ bagi November susut 4.99 peratus atau AS$4.69 kepada AS$89.19 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Eropah petang semalam.

Paras itu adalah yang terendah sejak awal Februari. Harga itu juga adalah penurunan 40 peratus daripada paras tertinggi AS$145.29 setong pada 4 Julai lalu.

Pelabur global pada umumnya tidak yakin bahawa pakej menyelamat bernilai AS$700 bilion yang diluluskan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu, mampu membendung kegawatan ekonomi dunia.

Dalam jangka pendek, harga minyak mentah global dijangka mengalami kadar turun-naik tinggi sehingga wujud petunjuk jelas mengenai berakhirnya krisis kewangan global.

Sebahagian penganalisis global menjangka paras sokongannya ketika ini adalah AS$80 setong.

Penurunan harga bahan api itu turut memberi kesan kepada harga minyak sawit mentah (MSM) apabila susut mendadak 9.7 peratus atau RM194 kepada RM1,806 setan semalam, penutup terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

Peniaga berkata, harga penanda aras, kontrak MSM Disember dibuka kukuh pada paras RM2,000 pagi semalam, tetapi susut sehingga 11.4 peratus atau RM225 kepada RM1,775 setan pada awal sesi dagangan petang sebelum pulih sedikit menjelang penutup.

Sehingga kini, harga komoditi itu susut 58.29 peratus berbanding harga tertinggi RM4,330 setan yang direkodkan pada 4 Mac lalu.

Pengurus Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, berkata penurunan harga MSM itu menyebabkan kaunter perladangan di Bursa Malaysia turut menerima tekanan jualan sekali gus menyebabkan penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup di bawah paras 1,000 mata.

“Kejatuhan harga sawit menyebabkan saham perladangan yang menjadi komponen utama KLCI terjejas, justeru mengakibatkan indeks ditutup pada paras 996.84 mata, susut 19.86 mata atau 1.95 peratus, terendah sejak November 2006.

“Penurunan itu adalah fenomena global ekoran kebimbangan pelabur mengenai kesan krisis kewangan AS yang dijangka menjejas ekonomi utama global termasuk Jepun dan Eropah, sekali gus memberi impak kepada permintaan dan perbelanjaan pengguna dan syarikat di seluruh dunia,” katanya.

Dalam jangka pendek, Deti berkata, permintaan MSM akan menjejaki pergerakan harga komoditi utama lain termasuk minyak mentah, soya dan bijirin lain yang turut terjejas susulan perkara itu.

“Sejak minggu lalu, harga MSM susut hampir 14 peratus, iaitu penyusutan mingguan terbesar dalam tempoh lebih tujuh tahun. Namun, secara umumnya, dalam jangka panjang permintaan bagi MSM dijangka terus kukuh dan harganya dijangka lebih stabil menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Aseambankers Malaysia Bhd, Suhaimi Illias, berkata harga MSM dijangka meningkat semula jika nilai dolar AS terus susut berbanding mata wang utama lain.

“Harga komoditi dijangka kembali kukuh apabila dolar AS lemah kembali jika pakej menyelamat bernilai AS$700 bilion yang diluluskan kerajaan AS dilaksanakan serta tindakan menyuntik kecairan oleh beberapa bank pusat utama Eropah.

“Langkah itu dijangka memberi kesan positif kepada sektor perladangan tempatan berikutan harga MSM yang diramal akan kembali kukuh,” katanya.

Suhaimi berkata, penurunan harga MSM memang sudah dijangka susulan musim peningkatan hasil iaitu antara bulan September hingga Oktober dan harganya dijangka pulih semula selepas tempoh itu.

Isnin, 6 Oktober 2008

Kenaf jadi komoditi masa depan di Malaysia?

Kenaf jadi komoditi masa depan di Malaysia?
KUALA LUMPUR - Ramai yang meragui keupayaan pokok kenaf menggantikan tembakau sebagai sumber pendapatan baru. Tetapi bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), para penanam tembakau wajar memberikan diri mereka peluang untuk mengeksploitasi tanaman ini yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka.

Kenaf telah dikenal pasti sebagai sumber biokomposit yang mesra alam dan bakal menjadi bahan terkini dalam sektor komoditi masa hadapan.

Bahan bio komposit yang diperbuat daripada pokok kenaf ini, menjadi tumpuan terkini pihak kementerian seiringan dengan industri tembakau yang menjalani penstrukturan bagi memenuhi komitmen negara dalam pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan dan Kawalan Tembakau.

Lembaga Tembakau Negara (LTN), sebuah agensi di bawah KPPK kini memikul tanggungjawab untuk membangunkan kenaf sebagai tanaman berpotensi menggantikan tembakau terutama di tanah bris yang terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia di mana terletaknya kawasan penanaman tembakau utama.

Protokol Kyoto telah mengiktiraf kenaf sebagai tanaman industri mesra alam dan bahan organik bagi mengurangkan ancaman pemanasan dunia.

Dan, apabila ia digunakan sebagai bahan komposit, syarikat-syarikat akan menikmati insentif cukai khas apabila bahan berkenaan dieksport ke negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Di bawah inisiatif terbaru ini, pihak kementerian telah mempergiatkan usaha sejak empat tahun lalu bagi menerokai pelbagai tanaman termasuklah kenaf yang berupaya menghasilkan bahan mentah yang mesra alam serta pelbagai bahan huluan berpotensi besar bagi menggantikan petroleum dan bahan berasaskan pokok yang mengakibatkan kesan karbon yang tinggi terhadap alam sekitar.

"Matlamat kementerian adalah untuk membangunkan kenaf sebagai sumber pertumbuhan mampan baru bagi mempelbagai sektor komoditi negara dan memastikan ia memenuhi ekonomi, sosial dan agenda pembangunan alam sekitar", kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui dalam satu temu bual bertulis di sini baru-baru ini.

"Walaupun penyelidikan awal Kenaf hanya tertumpu sebagai makanan ternakan, kami telah mengenalpasti dan mengutamakan sektor biokomposit dengan aplikasi terhadap industri pembinaan, komponen kereta, perabut dan pembungkusan makanan.

"Selain itu, ia juga membolehkan kami mengaitkan harga kenaf dengan harga petroleum sebagai satu bahan pengganti berpotensi bagi bahan mentah berasaskan petroleum dan fiber tiruan yang berkarbon tinggi. Ia sudah tentunya akan memberi manfaat kepada penanam kenaf yang tidak lagi dianggap sebagai bahan mentah pertanian yang murah" ujar beliau.

Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif jika negara membangunkan kenaf dengan pendekatan yang lebih moden dan intensif modal dengan mekanisme dan mekanikal pengasingan fiber serta penggunaan stem menyeluruh untuk biokomposit.

Tanah bris yang tidak sesuai untuk tujuan pertanian, kini menjadi aset oleh kerana ia rata, tidak mengumpul air dan berupaya menyokong penjenteraan sepenuhnya.

Berbanding hutan tropika, tanah bris tidak menyokong hidupan liar ataupun sebarang tanaman dan terlepas daripada isu kemampanan.

Oleh itu, ia akan menjadi aset berharga kerana kenaf dikenali sebagai tanaman hijau.

Bagi memastikan sokongan institusi dan infrastruktur bagi pengembangan industri kenaf yang teratur, Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 telah dibacakan buat kali kedua di Parlimen pada 18 Ogos lalu.

"Saya berharap Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara akan dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini. Ini akan memastikan industri kenaf akan membangun dan berkembang seiring dengan komoditi-komoditi lain seperti getah, kelapa sawit, koko dan lada yang kesemuanya mempunyai permulaan yang sederhana," kata Fah Kui.

Di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RM35 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan kenaf yang akan dilaksanakan oleh LTN.

"Dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan pelbagai sokongan institusi untuk membangunkan kenaf termasuklah pembangunan tanah (infrastruktur), amalan pertanian baik, penjenteraaan, penuaian dan sistem selepas penuaian, penyimpanan, latihan, pemasaran, pengeluaran benih, kredit dan pusat pemprosesan", ujar beliau.

Menurut beliau lagi, pendekatan yang diambil oleh LTN ialah membangun ladang model dan menjalankan percubaan dengan para penanam.

Bahagian penting dalam pendekatan ini ialah untuk mencari kilang-kilang pemprosesan di kawasan penanaman untuk menyediakan keyakinan saluran pemasaran buat masyarakat tempatan.

"Oleh kerana kenaf kurang menarik berbanding penanaman tembakau, penjenteraan maksimum bagi mengurangkan penggantungan intensif terhadap tenaga buruh dan meningkatkan pendapatan melalui ladang berskala besar sangatlah penting, ujar Fah Kui.

Disebabkan kenaf adalah tanaman yang mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi ia merupakan faktor penting dalam menarik minat petani yang terlibat dalam pertanian yang sensitif kepada persekitaran seperti di tanah bris.

Di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Kedah dan Perlis telah dikenal pasti sebagai wilayah yang sesuai menjadi pusat benih bagi mengeluarkan benih kenaf berkualiti ke seluruh negara.

Pada tahun 2007, seramai 68 orang petani menanam untuk tujuan mengeluarkan benih di kawasan seluas 152 hektar di kedua-dua negeri tersebut.

LTN mensasarkan 130 orang petani akan menanam 260 hektar bagi tujuan benih menjelang akhir tahun ini.

Manakala di Kelantan dan Terengganu yang terletak di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dikenal pasti sebagai pusat penanaman kenaf.

Pada 2007, LTN mempunyai 92 petani menanam kenaf untuk tujuan teras dan serat di kawasan seluas 285 hektar di Kelantan dan Terengganu.

Menjelang akhir tahun ini, LTN mensasarkan jumlah petani akan meningkat kepada 250 orang di kawasan seluas 1,200 hektar.