Isnin, 22 Disember 2008

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PEMBANGUNAN KONTRAKTOR CIDB

KURSUS PEMBANGUNAN KONTRAKTOR CIDB
(Sijil Kursus Layak Untuk Permohonan Lesen Baru CIDB & Untuk Mata CCD bagi pembaharuan Lesen CIDB )

Tarikh: 26 Jan-30 Jan 2009 (Isnin-Jumaat)

Tempat: Pusat Latihan YSP(Pusat Latihan Bertauliah CIDB)

26-6-2, Tingkat 6, Jalan 4/50, Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 K.L.

Yuran : RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima PulohSahaja)

Pertanyaan & Pendaftaran:
Tel : 03-40235155 , 012-3157358
Email:ysp2007my@yahoo.com , http://ysptraining.blogspot.com/

Maklumat Tambahan :

Lesen Kelas F PKK memang masih dibeku tetapi untuk Kelas lain E, D, C masih dibuka.
Untuk Menjadi kontraktor yang utama adalah lesen CIDB, (lesen CIDB adalah mematuhi peruntukan Akta 520 Pembangunan Industri Pembinaan) Lesen CIDB adalah G1,G2,G3, G4, G5 , G6 & G 7.

Pembaharuan Lesen : Wajib menghadiri kursus untuk mengumpul mata CCD.

Nota : Semua maklumat tertakluk kepada pindaan. Tempat terhad.

PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SECARA BERTERUSAN

‘ Continuous Contractor Development ( CCD ) ‘

1. PENGENALAN

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan ini bersandarkan kepada CIMP melalui Teras Strategik 2 - Berusaha Meningkatkan Imej Industri Pembinaan serta Strategi Inisiatif 1 – Menggalakkan professionalisma dalam industri pembinaan.

2. OBJEKTIF PROGRAM

Program CCD dalam industri pembinaan dibangunkan dengan objektif-objektif yang disenaraikan seperti berikut ;

i.Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisma kontraktor dan industri pembinaan negara secara umumnya.
ii.Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan.
iii.Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
iv. Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti industri pembinaan
v. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.

3.KONSEP PROGRAM CCD

Program CCD ini memperkenalkan sistem pungutan mata yang dikenali sebagai Mata CCD atau ‘ CCD Points ‘ melalui penglibatan kontraktor di dalam pelbagai acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CIDB ataupun penganjur yang berdaftar bersama CIDB.

Kontraktor perlu mengumpul jumlah mata yang ditetapkan sepanjang tempoh aktif sijil pendaftaran kontraktor CIDB dan jumlah mata terkumpul digunakan bagi tujuan pembaharuan sijil kelak.
4.PROGRAM / AKTIVITI MENAWARKAN MATA CCD

Di antara program/aktiviti yang terlibat di dalam penganjuran program mata CCD ini adalah seperti di bawah ;

i.Penglibatan di dalam program/aktiviti seperti berikut ;

·Persidangan
·Forum
·Seminar
·Kursus
·Bengkel –bengkel Teknikal
·Sebagai Ahlijawatankuasa atau Peserta
·Memberi Ucaptama
·Lawatan Teknikal
·Latihan
·Lain-lain akan ditentukan dan yang akan dikenalpasti oleh CIDB

ii.Penglibatan dalam Jawatankuasa Pembangunan Program anjuran CIDB.
iii.Terlibat di dalam forum, persembahan dan pembentangan kertas kerja sebagai

·Pengerusi Forum
·Ahli Panel
·Penceramah

iv. Berkhidmat kepada persatuan/penubuhan sebagai kapasiti berikut ;

·Presiden
·Timbalan Presiden
·Ahli Jawatankuasa Tertinggi
·Ahli Biasa
· Mewakili Persatuan/Pertubuhan dalam aktiviti –aktiviti tertentu

v.Penerbitan bahan ilmiah seperti buku-buku dan penyumbangan artikel–artikel kepada terbitan yang berkaitan dengan industri pembinaan.
vi.Penglibatan dan sumbangan kepada aktiviti pertubuhan/persatuan yang berkaitan.
vii.Lain–lain, akan ditentukan dan yang akan dikenalpasti oleh CIDB.

5.PESERTA PROGRAM MATA CCD

Peserta program adalah terdiri daripada personel utama yang dibenarkan mewakili syarikat bagi menyertai ‘ CCD Events’ dan mengumpul mata CCD bagi pihak syarikat.

i. Pemilik syarikat
ii. Pengarah Syarikat
iii. Rakan Kongsi Syarikat
iv. Pegurusan utama syarikat yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF.
v. Staf Teknikal dan pengurusan yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF.

6. MATA CCD

GRED MATA CCD SETAHUN

G1, G2 - 10

G3, G4 - 20
G5, G6 - 30
G7 - 40

7. PENGESAHAN MATA CCD
Peserta bagi setiap program/aktiviti yang berkenaan perlu membuktikan penglibatan dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Progran mata CCD tidak hanya tertakluk kepada penganjuran CIDB sahaja. Ia terbuka kepada persatuan-persatuan/organisasi–organisasi/pusat pengajian tinggi yang berkaitan dalam industri pembinaan dan aktif dalam penganjuran program/aktiviti seumpamanya.

Sabtu, 6 Disember 2008

ANJAKAN PARADIGMA USAHAWAN

Hari ini 6 Disember 2008(sabtu) Saya teringat beberapa artikel yang pernah saya tulis sekitar tahun 2003-2006. Salah satu artikel yang keluar dalam majalah empayar niaga. Saya keluarkan balik artikel ini yang saya kira pernah terbit pada tahun 2005.

TAJUK ARTIKEL 1 : ANJAKAN PARADIGMA USAHAWAN

Ini merupakan artikel pertama dalam ruangan Bicara Bisnes bersama DPIM Selangor di dalam Majalah Empayar Niaga. DPIM Selangor merupakan sebuah dewan yang menaungi para usahawan dan peniaga yang menjadi ahli . Jadi melalui ruang artikel ini akan memberikan khidmat dalam dunia keusahawanan dengan memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan, melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada bakal usahawan dan para usahawan, dengan pengalaman yang ada saya akan curahkan ilmu, pengetahuan dan beberapa pengajaran dalam dunia bisnes dan keusahawanan keseluruhannya melalui ruangan ini.

Bicara Bisnes yang sulung ini saya buka bicara dengan memetik maksud ayat Al Quran seperti berikut:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri” surah AR RA’AD :11.

Kekuasaan, kebesaran dan kehebatan Allah SWT yang boleh menjadikan sesuatu itu berlaku dan sesuatu itu tidak berlaku, tetapi bila kita rujuk kepada ayat Allah SWT diatas , Allah SWT serahkan masa hadapan, keputusan, perancangan untuk manusia terletak pada diri manusia sendiri. Ini adalah kerana Allah SWT telah memberikan segala kemudahan kepada manusia untuk memperolehi kejayaan. Pada manusia adanya akal fikiran, tubuh yang gagah, adanya alam yang diserahkan kepada manusia untuk membangunkannya.

Manusia yang takut , tidak berani, tidak percaya dan was-was mengenai kehidupan lihatlah kehidupan burung. Sebuah sangkar memudahkan kehidupan seekor burung. Ia tidak perlu risau mengenai makanan, kesejukan ataupun ancaman. Burung liar berlainan dengan burung dalam sangkar. Secara semulajadi, kesejukan ataupun ancaman mencari makanan sendiri dan menjaga diri dari ancaman menjadi kehidupan burung liar. Tetapi dalam masa yang sama, ia bebas terbang kemana-mana. Burung liar ini lebih bahagia dengan kebebasan berbanding burung jinak dalam sangkar yang tidak punya apa-apa melainkan keselesaan.

Pepatah Melayu sendiri ada perbandingan serupa. Kata orang tua-tua, `Burung percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Waktu pagi apabila keluar dari sarang mencari makanan, tidak tentu tempat dan jumlahnya tetapi dengan izin Allah, pulang petang dengan tembolok berisi penuh.’ Inilah keyakinan yang patut tersemat dalam dada usahawan. Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan rezeki.

Untuk membina semangat sebagai usahawan yang berjaya, kita haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya. Antara ciri-ciri yang dipaparkan ialah seperti di bawah:

BERNIAGA SEPENUH MASA

Menjadi seorang usahawan memerlukan komitmen yang tinggi. Dunia keusahawanan menuntut seseorang mencurahkan jiwa, pemikiran, tenaga, ilmu dan masa dicurahkan sepenuhnya dalam membangunkan perniagaan dan pengurusannya. Oleh itu, tiada istilah PART-TIME dalam perniagaan. Walaupun ramai yang memulakan perniagaan secara sambilan pada peringkat permulaan, jarang sekali usahawan berjaya dengan cara sambilan (part time), malah selalunya prestasi pekerjaannya merosot dan perniagaanya tidak menunjukkan kemajuan.

Sikap takut mengambil risiko lalu berniaga secara sambilan adalah kerana jika perniagaan gagal, masih boleh lagi makan gaji. Sikap tidak yakin pada diri sendiri bukanlah sikap seorang usahawan. Jika pendekatan sambilan ini sebagai jangkamasa percubaan dengan tujuan mencari pengalaman dan mengumpul modal, memanglah digalakkan. Tetapi akhirnya usahawan itu mesti menceburi bidang perniagaan sepenuh masa. Ibarat kata pepatah `Genggam bara api, biar jadi arang’. Sepatutnya iltizam usahawan Melayu khususnya adalah yakin, berani dan bertawakal.

MENGHARGAI MASA

Selalu orang beranggapan bahawa apabila telah berniaga sendiri tidak perlu terikat pada masa. Mereka boleh datang lewat ataupun langsung tidak peduli waktu pejabat.
Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah kerana apabila telah berniaga sendiri, boss kita ialah pelanggan. Kita perlu tepati masa temujanji, perlu siapkan projek dalam masa yang ditetapkan, perlu menghantar barangan pada masa yang dijanjikan, malahan perlu bekerja lebih dari lapan jam tidak seperti mana waktu pekerja pejabat. Inilah yang dinamakan displin diri jika mahu berjaya.

Usahawan mesti bijak merancang masa dan tugasan, perancangan masa dengan menggunakan kaedah penjadualan kerja mestilah diatur dengan baik dan teliti. Dalam penjadualan masa setiap tugas hendaklah ditetapkan masa dimulakan dan tempoh masa diselesaikan. Masa boleh diuruskan dengan baik dan setiap kerja akan diselesaikan seandainya usahawan dapat mengenal pasti kerja yang utama(important) dan kerja yang perlu segera (urgent).

KEPIMPINAN

Seseorang usahawan perlu mempunyai bakat memimpin dan ilmu pengurusan. Ini kerana perusahaan memerlukan pemiliknya mencari peluang, merancang , mengatur strategi, melaksana, mengurus, mengawal dan menentukan arah matlamat yang ditetapkan. Semua fungsi ini memerlukan seorang usahawan yang berketrampilan dari segi keupayaan memimpin organisasi.

MENGENALPASTI DAN MEREBUT PELUANG

Setiap kejayaan pemasaran ataupun jualan perlukan produk yang betul, harga yang betul, waktu yang tepat dan pelanggan maknanya semua perlu pada masa yang sesuai. Kalau seseorang usahawan itu dalam `off-position’ , mustahil dapat merebut peluang yang ada .Misalan yang tetap, jika seseorang itu ingin menjaringkan gol, dia perlu berada dalam pasukan diatas padang. Mustahil penonton dapat menjaringkan gol dari luar padang, penonton hanya mampu bersorak dan memberi komen tetapi tidak mampu mengubah apa-apa.

MENILAI RISIKO

Seseorang yang berjaya ialah dengan mengetahui keupayaan syarikatnya dan kebolehan dirinya dalam melaksankan sesuatu usaha.

Perniagaan seperti juga kehidupan, ia perlu terlibat dalam membuat keputusan dan setiap keputusan terdapat risiko. Semua faktor hendaklah dinilai dari segi kos, keuntungan, tatacara, kewangan dan sebagainya dan dibuat penilaian ”kalau jadi begini bagaimana?” Dan setelah yakin, buatlah keputusan dan berusahalah sepenuh hati dan kudrat.


MENGURUS KEGAGALAN

Walaupun telah dinilai semua aspek tetapi malangnya dunia ini penuh ketidaktentuan. Harga yang naik turun, cuaca yang tidak menentu dan sebagainya. Faktor tidak jelas inilah yang selalunya memintas kejayaan. Jikalau tidak berjaya, tidak bermakna habis segalanya kerana usahawan yang berjaya itu belajar dari kegagalan dan berupaya bangun kembali dari tempat jatuh .
Masalah usahawan Melayu ialah cepat putus asa dan suka lari dari masalah. Usahawan hendaklah menanam sikap tidak cepat serik, berusaha dan terus berusaha dalam menjalankan perniagaan, Insyaallah boleh berjaya. Kalau satu cara kita gagal, kita cuba cara lain pula. Dalam erti kata lain, kita kena berikhtiar pelbagai cara hingga berjaya.


MEMBENTUK MENTALITI USAHAWAN

Prasyarat yang lebih utama ialah mempunyai atau membentuk psikologi atau mentaliti usahawan .

Contohnya, mentaliti usahawan bekerja tanpa mengira masa dan apabila melakukan sesuatu kerja, dia akan melakukan bersungguh-sungguh hingga berjaya. Hasil kerjanya mesti terbaik dan dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Semangat yang kental dan tidak mengenal jemu adalah ciri-ciri yang mendorong kearah usahawan yang berjaya. Disiplin menepati masa dan janji perlu ada dalam diri seorang usahawan. Dia juga tidak boros dan bercakap besar setelah berjaya. Tentunya semua nilai ini amat berat untuk dihayati oleh seseorang usahawan. Memadailah jika kita menghayati sebahagian besar darinya tetapi percayalah bukan senang untuk menjadi seorang yang berjaya. Pepatah Melayu `Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan’ hendaklah diamalkan dan tidak pepatah ini, `Hangat-hangat tahi ayam’

Buat kali ini, bicara bisnes minggu hadapan saya akan kupas mengenai tatacara penubuhan perniagaan dan peluang-peluang perniagaan.