Rabu, 30 Disember 2009

PEMBAHARUAN PERAKAUAN PENDAFTRAN KONTRAKTOR PERLU MATA CCD - CIDB

PENGUMUMAN
Penetapan Keperluan Mata CCD
Bagi Tujuan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Merujuk kepada Pekeliling Bil.2/2008 yang dikeluarkan oleh CIDB pada 1 Ogos 2008, iaitu Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan, adalah dimaklumkan kepada semua kontraktor pembinaan yang berdaftar dengan CIDB bahawa berkuatkuasa pada 1hb Januari 2010, semua permohonan bagi mendapatkan tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD mengikut gred berdaftar seperti jadual.

Dengan itu, pemohon perlu mengemukakan bukti pemilikan mata CCD kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia sebelum permohonan dapat dipertimbangkan. Sila rujuk lampiran A (SKIMA MATA CCD). Mana-mana kontraktor yang gagal mengumpul mata CCD seperti yang ditetapkan akan menyebabkan perakuan pendaftaran mereka hanya akan diperbaharui secara kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun sahaja. Seterusnya, jika mata CCD masih gagal dikumpul dalam tempoh kelulusan bersyarat itu, permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan penetapan keperluan mata CCD boleh dibuat di mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Ibupejabat CIDB, Bahagian Pembangunan Kontraktor. Pemakluman menerusi Pekeliling Bil.2/2008 boleh diperolehi dengan melayari laman web CIDB, http://www.cidb.gov.my.

Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Kontraktor
CIDB Ibupejabat


Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Selasa, 29 Disember 2009

KULIAH BISNES SESI 1: Macamana daftar lesen? Percuma & Terbuka

Selasa 29 Disember 2009, di atas permintaan ramai Kuliah Bisnes yang telah terhenti sekian lama akan disambung semula mulai 1 Januari 2010. Kuliah Bisnes akan dilaksanakan pada hari jumaat minggu pertama setiap bulan. Kuliah seri pertama pada 2010 mengikut butiran seperti yang berikut;

Program: KULIAH BISNES
Tajuk : Bagaimana Hendak Daftar Pelbagai Lesen - Tubuh Syarikat, Daftar Perniagaan, Daftar Lesen Kewangan, Datar Lesen CIDB & PKK, Daftar Lesen LPKP , dll
Tarikh : 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.45 malam-11.30 malam
Tempat : Pusat Latihan YSP, 26-6-2,Tingkat 6, Jalan 4/50, Diamond Square Off Jalan Gombak 53300 Kuala Lumpur
Yuran: Percuma & Terbuka untuk semua (Mohon buat pengesahan melalui email)
Pertanyaan Lanjut : Tel : 03-4023 5155 Faks: 03-4023 4155
Email : ysp2007my@yahoo.com

Sekiranya kuliah ini mendapat sambutan hangat ia akan dibuat sebulan dua kali. Tajuk sesi kedua adalah berkaitan peluang pembiayaan perniagaan. Kepada sesiapa yang hendak menawarkan berkongsi pengalaman serta peluang bisnes sila hubungi saya melalui email.


Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Rabu, 23 Disember 2009

JOM SERTAI KURSUS KONTRAKTOR BINAAN

Layari http://ysptraining.blogspot.com/

PROMOSI : BUKU PANDUAN USAHAWAN TERBITAN YSP

Harga RM 10.00
Harga RM 25.00
Harga RM 10.00
Boleh email ke ysp2007my@yahoo.com, tel 03-40235155 faks:03-40234155
Layari http://ysptraining.blogspot.com/

PUSAT LATIHAN YSP: JEMPUTAN: SERTAI KURSUS KONTRAKTOR BINAAN

PUSAT LATIHAN YSP: JEMPUTAN: SERTAI KURSUS KONTRAKTOR BINAAN

Layari http://ysptraining.blogspot.com/

JEMPUTAN: SERTAI KURSUS KONTRAKTOR BINAAN



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

YSP SEDIA BERKHIDMAT UNTUK WARGA BISNES



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

PROMOSI : KHIDMAT BISNES YSP



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Jumaat, 14 Ogos 2009

KESYUKURAN: AJK DPIM Selangor serta teman-teman meraikan kemenangan dalam pemilihan AMT DPIM





13 Ogos 2009 (khamis) lepas maghrib majlis kesyukuran selepas kemenangan, Sdr Hj Md Shah Amin (Naib Presiden DPIM), Sdr Hj Muhammad Sahar Mat Din (AMT DPIM), Sdr Romli Ishak (Pengerusi Tetap DPIM). Majlis ringkas berlangsung di Restoran Al Rawsyar Jalan Damai off Jalan Ampang. Beberapa cadangan bagi memastikan DPIM terus unggul dalam memperjuangan Islam melalui saluran Bisnes.



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Selasa, 30 Jun 2009

KURSUS KONTRAKTOR CIDB

Program Kursus Kontraktor CIDB
Tarikh : 6-9 Julai 2009
Tempat : Pusat Latihan YSP
Diamond Square, KL
Pertanyaan & Pendaftaran : 03-40235155, 012-3157358
Yuran : RM 150.00
Peserta : 1. Kontraktor Baru 2. Kontraktor yang hendak memperbaharui lesen

Sabtu, 2 Mei 2009

JEMPUTAN: KURSUS PEMBANGUNAN KONTRAKTOR BINAAN

KURSUS PEMBANGUNAN KONTRAKTOR BINAAN

Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) dengan Kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kontraktor Binaan.

1. Kerja Bangunan
2. Kerja Binaan Landskap Taman & Padang Permainan
3. Pengurusan Bisnes Kontraktor

Untuk Maklumat dan Pertanyaan hubungi Pusat Latihan Bertauliah CIDB seperti berikut:

PUSAT LATIHAN YSP
24-3-2, Tingkat 3, Jalan 4/50 Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 5155 Faks : 03-4023 4155 Email: ysp3737my@yahoo.com

Isnin, 9 Mac 2009

Isnin, 2 Mac 2009

Peniaga ambil langkah 'tunggu dan lihat' menjelang bajet mini

Peniaga ambil langkah 'tunggu dan lihat' menjelang bajet mini

KUALA LUMPUR 1 Mac - Saham-saham di Bursa Malaysia mungkin menyaksikan dagangan kecil minggu ini apabila pelabur mengambil langkah 'tunggu dan lihat' menjelang pengumuman bajet mini pada 10 Mac.

Peniaga-peniaga berkata, pelabur juga memerlukan sedikit masa untuk menerima hakikat penyusutan pendapatan korporat yang dilaporkan oleh beberapa kaunter berwajaran tinggi dalam beberapa hari lepas.

"Kegiatan dalam bursa tempatan akan terus tidak bermaya kerana pelabur-pelabur masih menjauhi pasaran kerana ketiadaan langkah jelas untuk membendung ekonomi global daripada menjadi semakin lembap," kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pertumbuhan 0.1 peratus dalam suku keempat tahun lepas yang lebih lemah daripada dijangkakan mencetuskan kebimbangan tentang pertumbuhan tahun ini dan ini menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.

"Meskipun masih ada peluang belian, namun pelabur mungkin menggunakan strategi mengambil untung apabila harga meningkat bagi kebanyakan saham di bursa tempatan," kata beliau.

Kebanyakan pengurus dana bergiat cergas, manakala pelabur runcit menyepi, dan trend ini dijangka berterusan melainkan jika lebih banyak berita positif muncul bagi memberikan sokongan, katanya.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mungkin bergerak di antara 883.0 dengan 890.0 atau menguji tahap 900 sebelum berundur semula ekoran pengambilan untung.

Kata peniaga itu, kaunter-kaunter berasaskan kewangan diramalkan menerima tekanan berikutan penurunan kadar dasar semalaman sebanyak 50 mata asas kepada dua peratus kerana margin faedah bersih berkemungkinan jatuh.

Bagaimanapun, syarikat yang mempunyai operasi besar di luar negara seperti Bumiputra-Commerce dan Maybank akan kurang terjejas.

Berbanding minggu sebelumnya, IKKL ditutup lebih tinggi sedikit iaitu sebanyak 0.96 mata kepada 890.67 minggu lalu daripada 889.71 minggu sebelumnya.

Indeks Perusahaan menokok 2.03 mata kepada 2,108.35, tetapi Indeks Kewangan turun 17.16 mata kepada 7,009.66 manakala Indeks Perladangan susut 12.45 mata kepada 4,374.04.

FBMEmas naik 9.23 mata kepada 5,847.07, FBM30 mengukuh 24.9 mata kepada 5,792.88, dan FBM2BRD menambah 0.13 mata kepada 3,980.36.

Bagaimanapun, FBM-MDQ turun 33.89 mata kepada 3,108.28.

Jumlah dagangan keseluruhan minggu lalu mengecil kepada 1.719 bilion saham bernilai RM2.891 bilion daripada 1.763 bilion saham bernilai RM2.684 bilion minggu sebelumnya.

Di Papan Utama jumlah dagangan bertambah kepada 1.514 bilion saham bernilai RM2.848 bilion daripada 1.500 bilion saham bernilai RM2.627 bilion.

Papan Kedua mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 73.083 juta saham bernilai RM27.470 juta daripada 116.230 juta saham bernilai RM34.983 juta Jumaat sebelumnya.

Pasaran Mesdaq menyaksikan jumlah dagangannya merosot kepada 45.534 juta saham bernilai RM9.742 juta daripada 70.708 juta saham bernilai RM14.637 juta minggu sebelumnya.

Waran opsyen belian susut kepada 60.957 juta saham bernilai RM6.726 juta daripada 70.536 juta saham bernilai RM5.693 juta sebelumnya. - BERNAMA

Peniaga Melayu bandar kurang

Peniaga Melayu bandar kurang

Oleh AZMAN IBRAHIM
azman.ibrahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mac - Bilangan peniaga Melayu di ibu kota semakin berkurangan apabila kebanyakan mereka beralih kepada kawasan pinggir bandar dan kampung untuk menjalankan perniagaan.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Faudzi Naim Noh, bagaimanapun menyifatkan keadaan itu bukan disebabkan mereka gagal bersaing tetapi mencari tapak yang lebih selesa.

Beliau berkata, walaupun satu demi satu peniaga Melayu keluar dari ibu kota, keadaan itu tidak membuktikan kegagalan, sebaliknya ia menunjukkan peniaga Melayu masih mempunyai daya tahan.

''Ibu kota dan pusat bandar mempunyai kesesakan jalan raya dan kos penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan ia mengundang rasa tidak selesa di kalangan peniaga Melayu.

''Walaupun mereka keluar dari pusat bandar, mereka tidak memberhentikan perniagaan, sebaliknya tetap meneruskan perniagaan,'' katanya.

DPMM sehingga kini mempunyai 20,000 ahli berdaftar dan 300,000 ahli bersekutu.

Ditanya tentang kewujudan segelintir Melayu yang masih berkeupayaan menjalankan perniagaan di ibu kota, beliau berkata, golongan itu selain berdaya tahan tinggi, turut terbabit dalam kegiatan peruncitan.

''Peniaga Melayu terkenal dan popular dengan perniagaan perkhidmatan seperti pengangkutan, perakaunan dan guaman,'' ujarnya.

Ditanya tentang kemungkinan konsep pengurusan perniagaan Persatuan India Muslim Malaysia (Pekima) diperkenalkan, beliau berkata, DPMM kini menggunakan pendekatan memperkemaskan pengurusan perniagaan, premis, perakaunan dan jaringan perniagaan.

Faudzi, pada masa yang sama mengakui kebolehan persatuan itu menguruskan ahli-ahli mereka dengan baik.

Isnin, 23 Februari 2009

BERITA EKONOMI MINGGU KE 3 FEBUARI 2009

* EKONOMI

*
Tinjauan Pasaran: Penanda aras menjunam tak diduga

BURSA Malaysia mencatat kejatuhan minggu lalu, sekali gus menghapuskan semua kenaikan yang diperolehnya selama dua minggu sebelum itu, apabila pasaran diselubungi kebimbangan mengenai kemerosotan ekonomi yang semakin membimbangkan. [+]

*
Analisis Pasaran: Aeon Co pamer prestasi positif

KRISIS kewangan global yang mencetus krisis keyakinan ternyata menjadikan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, lebih berhati-hati dalam merancang perbelanjaan masing-masing. [+]

*
Shell yakin jualan runcit lebih RM1b

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd yakin jualan runcitnya di kawasan wilayah tengah yang merangkumi Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan, kekal melebihi RM1 bilion tahun ini, meskipun banyak syarikat dan pengguna kini mengamalkan perbelanjaan berhemah berikutan kelembapan ekonomi global. [+]

*
Ekonomi negara dijangka kekal paras positif

EKONOMI negara tahun ini dijangka mampu kekal pada paras positif, walaupun jauh lebih rendah daripada unjuran 7.5 peratus yang dibuat tahun lalu dan semakan semula 3.5 peratus baru-baru ini. [+]

*
Malaysia Mall di Jeddah

MALAYSIA-Saudi Arabia Friendship Society (MSFS), persatuan yang ditubuhkan khas bagi mengukuhkan lagi perdagangan dan perniagaan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, menerima tawaran daripada rakan sejawatnya di Arab Saudi bagi mengurus serta mengusahakan sebuah pusat beli-belah di kota Jeddah selama 15 tahun. [+]

Ahad, 15 Februari 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR

Program Bulan Febuari 2009, 16 -19 Febuari 2009 bertempat di Pusat Latihan YSP, Diamond Square Jalan Gombak K.Lumpur

Selasa, 10 Februari 2009

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan-email drp Sdr Romli Ishak

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan
terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka
telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang
tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga)
kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu
tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar
dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu
mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan
dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.
Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih
dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih
bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak
tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu
disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam
sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu,
tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham
saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih
dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal
akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana
tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar
dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu
moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang
itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum
lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya
sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan
diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia
memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan
seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia
mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati
dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna
bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap
gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan
alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak
dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan
Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca
penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,
seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin
banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan
kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil
peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan
7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang
lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai
dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari
Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat zubir@pc.jaring. my

Ahad, 1 Februari 2009

TAHNIAH BUAT PESERTA KURSUS

Alhamdullilah Kursus siri 1/2009 telah berlangsung dengan begitu lancar dimana seramai 65 orang telah menghadiri Kursus Latihan Pengurusan bagi Modul Bisnes Program Berterusan Kontraktor anjuran CIDB Malaysia. Program yang berlangsung pada tanggal 26 hingga 29 Januari 2009 telah dilaksanakan di Pusat Latihan YSP yang merupakan Pusat Latihan bertauliah CIDB.

Modul Bisnes yang memuatkan lima LP iaitu LP Perundangan, Sumber Manusia, Sumber Dana, Perakaunan Projek dan Pengurusan Projek telah memberikan pendedahan ilmu yang begitu berkesan kepada para peserta.

Pensyarah yang berpengalaman luas telah memberikan pendedahan yang merungkai kekusutan peserta. Diakhir kursus satu pelan tindakan bagi memastikan semua peserta bakal melaksankan ilmu secara yang bermanfaat serta mengikut strategi yang tepat.

Bekas peserta akhirnya telah berpakat untuk menubuhkan NGO yang bakal membantu pengembangan jaringan bisnes. Ngo bisnes, sosial serta budaya bakal ditubuhkan.
Program bagi bulan febuari akan berlangsung pada 16-19 Febuari 2009. Hubungi sekretariat program 03-40235155.

Rabu, 21 Januari 2009

Selasa, 20 Januari 2009

200,000 pekerja hilang kerja?........ulasan pakar...TPM Kata EKONOMI masih kukuh...

200,000 pekerja hilang kerja?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, sebagai langkah bertahan, syarikat terbabit mula melakukan pemotongan kos operasi dengan menghapuskan sistem kerja lebih masa atau menghentikan pekerja dan bagi kes yang kritikal, sudah ada yang menutup operasi atau cawangan.

Katanya, perkembangan negatif itu berpunca daripada kekalutan ekonomi global sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun yang menjadi pasaran utama produk elektrik dan elektronik negara.

“Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga 2010 dan paling awal pasaran dapat distabilkan ialah dalam jangka masa 18 bulan.

“Pada 1998, seramai 85,000 pekerja diberhentikan dan kali ini kita jangka angka itu meningkat sekali ganda mencecah 200,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bahawa kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Shamsuddin berkata, menyedari keadaan yang semakin getir, MEF telah bersemuka dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan syarikat yang mula tenat itu diberi sedikit bantuan untuk bernafas.

Katanya, MEF telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyemak semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 26 peratus yang mula dikuatkuasakan pada Julai 2008.

“Semakan kadar itu bukan sahaja untuk sektor industri dan perniagaan bahkan orang ramai juga berhak menikmati kadar tarif baru.

“Kalau kedua-dua sektor ini terbeban, duit tak ada banyak dan orang pun tak berbelanja, sebab itulah kita perlu merangsang ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, MEF juga mencadangkan kerajaan menggantung pembayaran levi satu peratus daripada jumlah pembayaran gaji pekerja pada setiap bulan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Katanya, walaupun menyedari caruman itu bertujuan mengisi dana latihan pekerja, namun MEF berpendapat lebih elok jika kerajaan menggantung sementara caruman tersebut.

Rabu, 14 Januari 2009

BENARLAH UNGKAPAN PEPATAH MELAYU.....JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN

Kehadiran teman-teman daripada Brunei membuka sedikit ruang kotak fikiran. Saya tekankan Islam mesti dipuncak, Islam mesti memimpin, Islam mesti bersatu...satu kelompok yang kaya raya tanpa hubungan dan kasih sayang tiada membawa pengertian dalam proses kehidupan tamadun manusia lihat sahaja Palestin...bukankah jiran-jiranya negara Arab yang kaya...

Malam tadi DPIM Selangor dan Syarikat Kerjasama Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (SKKP)telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), MOU dalam usaha mewujudkan hubungan perniagaan di Brunei dan Malaysia...muga Allah merestui dan merahmati.

Beberapa bentuk asas persetujuan dalam perniagaan meliputi perkhidmatan membawa pelajar Brunei ke IPT di Malaysia.SKKP dan DPIM Selangor akan mewujudkan satu sekretariat bagi memudahkan urusan. DPIM Selangor akan berurusan dengan IPT di Malaysia manakala SKKP mencari Pelajar di Brunei....

Perniagaan yang lain akan menyusul..makanan halal, pakaian, hartanah, pelaburan dan lain-lain...dalam tempoh dua minggu daripada sekarang delegasi daripada DPIM Selangor akan ke Brunei...

Selasa, 13 Januari 2009

KUIS, UNISEL , MAKAN MALAM DAN YB RODIAH..

Pagi tadi rombongan brunei telah ke ICHS kemudian ke KUIS, di KUIS bertemu dengan Dato Adnan , Sdr Mohd Shah dan Sdr Hj Khairi..nampak menarik...sambutan daripada teman Brunei memberangsangkan...daripada KUIS terus ke UNISEL agak terlewat...hujan pulak di Shah Alam...bertemu di Tingkat 5, Prof Dr Anuar Ahmad, Hjjah Rokma dan Prof Muhammad Daud...

Sesuatu akan berlaku, kita mengharapkan adanya pelajar Brunei menyambung pelajarannya di UNISEL dan KUIS...

Malam makan malam bersama YB Rodiah Exco Kerajaan Negeri Selangor...menu masakan china..terima kasih YB..semua seronok...pelbagai wakil ada...

Ahad, 11 Januari 2009

LAWATAN DELEGASI BRUNEI DARUSSALAM...

Mulai 9 Jan 2009 jam 2.30 petang teman-teman daripada Negara Brunei Darussalam sampai, sdr Onn berkhidmat selaku Menteri pengiring. Saya telah aturkan jadual lawatan kebebarapa kolej serta membuat Business Matching
9 Jan - Makan Malam bersama CEO dan Pegawai-pegawai ICHS di Bankers Club, KL
10 Jan Pagi - majlis Perasmian Seminar Serantau Di Kuis.
- Makan Malam bersama Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Selangor, Hj Sahar Mat Din di Residence Hotel, Uniten.
11 Jan - Sesi Business Matching - IT Bridge (Dr Hassan), Ana Solehah (Bahrin), Granulab (Romli), Permata Dinar(Amran), Anuar Syamsi, Minggo Minggo Icecream, Pelbagai produk (Dato' Yakob)
12 Jan - Lawatan ke ICHS, KUIS, UNISEL dan Makan Malam Di Calton Holiday - YB Rodiah Ismail, Exco Selangor.
13 Jan - Sesi Business Matching JIMB dan Lawatan Ke UIAM

Saya merasakan inilah satu sesi berfikir diluar kotak, bisnes kena terbuka dan luas. Semangat juang ahli bisnes mesti kental bukan sekadar mengharapkan projek kerjaaan sahaja. Pasaran orang Islam luas...beberapa rangka kerja bersama rakan dagang brunei telah di susun oleh DPIM Selangor...lawtan dagang ke brunei, Jakarta, China, India...Islam mesti memimpin

Rabu, 7 Januari 2009

JEMPUTAN KE BENGKEL PROSPEK DANA PEMBIAYAAN BISNES

Bengkel prospek Pembiayaan Dana Bisnes 2009;
Tarikh: 15 Januari 2009 (8.30 pagi-1.00 tgahri)
Tempat : Pusat Latihan YSP , Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 KL
Pembentang : MECD, SMIDEC, TEKUN NASIONAL, CGC dan Bank Islam
Pertanyaan: Tel :03-40235155, 012-3157358 Faks: 03-40234155, email:ysp2007my@yahoo.com

Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT DATANG 2009

2009 datang 2008 makin jauh akan ditinggalkan. Pemergian 2008 dengan penuh kenangan, 2009 hadir seribu harapan. Tapi yang agak pasti ekonomi 2009 akan penuh gelora. Ikut laporan setakat 30 Disember 2008 Malaysia telah kehilangan lebih 300 juta modal pasaran saham akibat kejatuhan harga pasaran yang begitu teruk sekarang. Pelabur pasaran saham di Bursa Malaysia sedang mengalami saat yang begitu perit, pelabur yang kebanyakannya mendapat pinjaman bank bagi pelaburan tidak akan punya daya untuk membayar bank.

Ekonomi yang merudum kali ini akan tambah perit kerana harga komoditi yang menjunam juga harga minyak sawit yang awal tahun 2008 mencecah RM 4000 jatuh hingga RM 1000, lebih buruk lagi harga petroleum yang jatuh mendadak bayangkan pada satu ketika harga 200 paun setong kini tinggal 40 paun setong. Pada pandangan saya pengganguran yang akan meningkat naik akan menjadikan iklim ekonomi dan sosial yang burok bagi Malaysia dan negara jiran serantau juga dunia.

Pada saya Perdana Menteri mesti bercakap dengan jujur pada rakyat..minta rakyat sama-sama bantu untuk menjadikan ekonomi negara yang burok tidak diburokkan lagi dengan sikap ego pimpinan negara.