Rabu, 30 Disember 2009

PEMBAHARUAN PERAKAUAN PENDAFTRAN KONTRAKTOR PERLU MATA CCD - CIDB

PENGUMUMAN
Penetapan Keperluan Mata CCD
Bagi Tujuan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Merujuk kepada Pekeliling Bil.2/2008 yang dikeluarkan oleh CIDB pada 1 Ogos 2008, iaitu Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan, adalah dimaklumkan kepada semua kontraktor pembinaan yang berdaftar dengan CIDB bahawa berkuatkuasa pada 1hb Januari 2010, semua permohonan bagi mendapatkan tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD mengikut gred berdaftar seperti jadual.

Dengan itu, pemohon perlu mengemukakan bukti pemilikan mata CCD kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia sebelum permohonan dapat dipertimbangkan. Sila rujuk lampiran A (SKIMA MATA CCD). Mana-mana kontraktor yang gagal mengumpul mata CCD seperti yang ditetapkan akan menyebabkan perakuan pendaftaran mereka hanya akan diperbaharui secara kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun sahaja. Seterusnya, jika mata CCD masih gagal dikumpul dalam tempoh kelulusan bersyarat itu, permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan penetapan keperluan mata CCD boleh dibuat di mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Ibupejabat CIDB, Bahagian Pembangunan Kontraktor. Pemakluman menerusi Pekeliling Bil.2/2008 boleh diperolehi dengan melayari laman web CIDB, http://www.cidb.gov.my.

Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Kontraktor
CIDB Ibupejabat


Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Tiada ulasan: