Selasa, 19 Januari 2010

Had NPL tiga bulan


Had NPL tiga bulan
Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my


Bank Negara singkatkan tempoh hutang tak berbayar mulai 1 Januari KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari lalu, pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua jenis kemudahan kredit diselaraskan kepada tiga bulan berbanding sehingga enam bulan sebelum ini. Berikutan keputusan Bank Negara Malaysia itu, bank dijangka lebih berhati-hati ketika meluluskan permohonan pinjaman, selain tegas terhadap pengguna yang gagal melunaskan pinjaman mereka mengikut jadual.

Difahamkan, Bank Negara baru-baru ini menghantar pekeliling kepada syarikat kewangan tempatan mengenai perubahan tempoh NPL dan peruntukan pelarasan membaik pulih pinjaman. Difahamkan, Bank Negara mengambil keputusan itu untuk memenuhi keperluan piawaian antarabangsa di bawah Standard Laporan Kewangan 139 (FRS139). Langkah memendekkan tempoh pengkelasan NPL daripada enam bulan kepada tiga bulan itu turut membabitkan kemudahan overdraf, pinjaman berjangka, pajakan, sewa beli, pusingan kredit dan pinjaman lain.
Kategori kredit lain seperti kemudahan pinjaman perdagangan dan kad kredit kekal dalam klasifikasi tiga bulan seperti sebelumnya. Berikutan pelaksanaan perubahan tempoh NPL itu juga, bank juga perlu menstruktur semula pinjaman mereka. Seorang pegawai kanan perbankan komersial yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, langkah Bank Negara akan menyebabkan bank bertindak tegas terhadap peminjam kurang berdisiplin dalam membayar pinjaman kerana bank kini terpaksa membuat peruntukan NPL sebaik tiga bulan berturut-turut peminjam gagal melunaskan pinjaman. "Hampir semua bank sudah mengguna pakai had tiga bulan untuk kategori NPL termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, namun ketegasan dalam melaksanakannya bergantung kepada risiko aset masing-masing.



"Berikutan dasar itu, peminjam kini perlu lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menggunakan kemudahan kredit. Jika dulu peminjam 'selamat' jika tidak bayar hutang sewa beli kereta lebih tiga bulan, sekarang ia tidak mungkin berlaku," katanya. Bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukan isu besar kerana statistik menunjukkan sebahagian besar peminjam di negara ini melunaskan pinjaman mengikut jadual. "Walaupun begitu, bagi pelanggan bermasalah bank terpaksa menstruktur semula pinjaman masing-masing," katanya. Bank Negara merombak kaedah pengiraan NPL daripada tiga bulan kepada enam bulan pada 23 September 1998, dalam usaha memperkukuhkan sistem perbankan negara yang terjejas ekoran Krisis Kewangan Asia 1997. Sementara itu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata pelarasan tempoh NPL menggambarkan sistem perbankan negara semakin kukuh dan kualiti pinjaman semakin meningkat. "Sudah tiba masanya ia (tiga bulan) dilaksanakan semula. Ini bukan baru kerana standard itu pernah amalkan sebelum krisis kewangan 1997. Pelarasan dengan standard kewangan antarabangsa berupaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran kewangan dan perbankan tempatan. "Ia juga penting untuk menjadikan Malaysia pusat kewangan utama di rantau ini dan peneraju sistem perbankan Islam antarabangsa. "Dengan liberalisasi sistem kewangan yang akan menyaksikan kemasukan bank asing dan penubuhan bank Islam mega tahun ini, pelaksanaan pengkelasan NPL kepada tiga bulan adalah tepat pada masanya," katanya.




Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Sabtu, 16 Januari 2010

Perusahaan Tempatan Penting Untuk Ekonomi Negara

Sabtu Januari 16, 2010
Perusahaan Tempatan Penting Untuk Ekonomi Negara
JEDDAH: Malaysia tidak seharusnya terlalu bergantung kepada syarikat asing dalam membangunkan masa depan ekonominya kerana yang lebih penting ialah membangunkan perusahaan dalam negara yang bersedia menjayakan industri untuk masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, ia adalah antara modal ekonomi baharu negara, dengan syarikat-syarikat Malaysia akan dibangunkan supaya menjadi serantau dan dunia.
"Kita akan terus menarik pelaburan asing ke dalam negara, dan pada masa yang sama kita akan mencontohi kejayaan model-model seperti di Korea Selatan," katanya.
Najib berkata, syarikat Korea Selatan seperti Samsung dan Hyundai berjaya menyaingi syarikat saingan dalam beberapa bidang.
Beliau berkata demikian pada satu majlis di sini pada malam Jumaat yang dihadiri oleh komuniti perniagaan Malaysia, sempena lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, usahawan masa depan perlu beranjak daripada industri tradisional yang mungkin sudah terbukit tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang.
"Mereka sebaliknya perlu menceburi perniagaan yang boleh berkembang, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat serantau dan dunia," katanya.
Najib menegaskan bahawa syarikat Malaysia memiliki apa yang diperlukan untuk berjaya di seluruh pelusuk dunia.Menurutnya, beliau mendapati terdapat satu firma seperti itu semasa lawatan ke Trinidad dan Tobago tahun lepas.
Perdana Menteri juga juga menyebut mengenai syarikat Malaysia yang berjaya mendapat perniagaan dari luar negara, dengan menerima tempahan berbilion ringgit.
"Ini membuktikan bahawa syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan syarikat lain, keluar dan buat apa sahaja untuk berjaya," katanya.
Najib berkata, model ekonomi baharu diteruskan dengan usaha untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu di luar negara tanpa mengetepikan keperluan untuk membangunkan ekonomi domestik. - BERNAMA
Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Isnin, 11 Januari 2010

Modul Bisnes CIDB

Isnin 11 Januari 2010, Kursus Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan Modul Bisnes akan dimulakan pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta di Pusat Latihan Bertauliah CIDB. Pegenalan program akan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang peserta akan memulakan kursus hingga 14 Januari 2010.
Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Sabtu, 9 Januari 2010

KURSUS KONTRAKTOR CIDB

Semua usahawan dan bakal usahawan dipelawa untuk menyertai program pembangunan kontraktor.

Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Khamis, 7 Januari 2010

Berita Ekonomi

AirAsia, Jetstar jalin pakatan strategik
AIRASIA Bhd dan Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah milik Qantas Airways dari Australia menjalinkan pakatan strategik yang akan membolehkan kedua-duanya mengurangkan kos operasi, sekali gus menawarkan kadar tambang lebih murah kepada pelanggan. [+]
Indeks lepasi paras tertinggi baru
HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut semalam, walaupun ada sedikit kegiatan mengambil untung. [+]
HDTV berkeupayaan Skype diperkenal Jun
SYARIKAT komunikasi maya, Skype berkata, televisyen definisi tinggi (HDTV) dan berkeupayaan internet baru Panasonic dan LG akan menampilkan panggilan video dan suara Skype. [+]
Kabinet Iraq lulus semua janji niaga
KABINET Iraq meluluskan semua janji niaga dengan firma tenaga asing termasuk Petronas yang masih tertunggak dan majlis memeterai perjanjian bagi sembilan kontrak itu akan diadakan tidak lama lagi, demikian mengikut jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad. [+]
5 PKS hantar produk halal ke Tesco UK
LIMA pembekal tempatan yang juga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan membuat penghantaran pertama merangkumi sembilan jenis produk makanan halal bernilai kira-kira RM600,000 untuk dipasarkan di 180 pasar raya Tesco di United Kingdom (UK) bermula 11 Januari ini. [+]
Naza edar Brabus E-Class terlaju
NAZA-Brabus Motor Sdn Bhd, pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan Brabus di Malaysia dan Singapura memperkenalkan di pasaran tempatan model terbaru Brabus E-Class W212, iaitu antara sedan terlaju dunia. [+]
Logica Malaysia mahu teroka sektor utiliti
LOGICA Malaysia Sdn Bhd, penyedia khidmat penyelesaian rundingan teknologi maklumat berhasrat mengembangkan perkhidmatannya kepada sektor utiliti serta minyak dan gas di Malaysia dalam usahanya untuk mengukuhkan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Asia bagi syarikat induknya, Logica Group. [+]
Bank Islam kendali IPO dua syarikat
BANK Islam Malaysia Bhd diberikan mandat mengendalikan dua tawaran awam permulaan (IPO) bagi dua syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini, menjadikannya bank Islam komersial tempatan pertama menyediakan perkhidmatan itu yang selama ini dilakukan bank pelaburan. [+]
Sektor pembinaan dijangka catat pertumbuhan tinggi
SEKTOR pembinaan dijangka mencatatkan pertumbuhan tinggi antara suku ketiga dan keempat tahun ini atas jangkaan bermulanya pembinaan tiga projek mega. [+]
Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Isnin, 4 Januari 2010

Promosi YSP


Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Promosi YSP di akhbar



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Ekonomi : Bank terbesar dunia mula operasi di Malaysia Mac

Bank terbesar dunia mula operasi di Malaysia Mac
INDUSTRIAL and Commercial Bank of China (ICBC), bank komersial terbesar dunia yang diberi lesen bank perdagangan susulan persetujuan dua hala Malaysia-China pada November lalu, akan memulakan operasinya di Malaysia, Mac ini. [+]
Pelabur harap indeks meningkat
MINAT terhadap kegiatan memperkemaskan akaun hujung tahun ditunjukkan sesetengah pengurus dana tempatan berjaya menaikkan indeks pada hari terakhir dagangan bagi 2009, ditambah pula kenaikan di pasaran saham global. [+]
FTA Asean-India berkuat kuasa awal tahun
PERJANJIAN Perdagangan Bebas (FTA) Asean-India akhirnya berkuat kuasa Jumaat lalu, selepas mendapat halangan di sebelah India, berikutan kebimbangan dan kritikan mengenai perjanjian perdagangan itu, yang telah dirundingkan selama enam tahun. [+]
Presiden JAL bantah prosedur muflis
PRESIDEN Japan Airlines Corp (JAL) menentang prosedur perisytiharan muflis syarikat itu di bawah rancangan penyusunan semula dan tidak mempunyai cadangan untuk menarik semula sepenuhnya penerbangan luar negara syarikat penerbangan itu, lapor akhbar Asahi Shimbun. [+]
Scientex catat prestasi memuaskan
PEMULIHAN aktiviti perindustrian global menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk pembungkusan perindustrian, sekali gus membantu Scientex Bhd mencatatkan prestasi kewangan memuaskan bagi suku pertama berakhir 31 Oktober 2009. [+]
Angkasa rancang pasar raya produk koperasi
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) merancang membuka pasar raya pertamanya di Lembah Klang tahun ini yang mengkhusus pemasaran produk keluaran koperasi. [+]
Dua lagi penerbangan terus dari Asia Barat
DUA lagi syarikat penerbangan antarabangsa dari negara Asia Barat akan memulakan operasi penerbangan terus ke Malaysia, tahun ini. [+]
Pengeksport Malaysia kena rebut peluang FTA: Muhkriz
TAHUN 2010 mempunyai satu makna besar bagi banyak pihak dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan diharapkan pengeksport Malaysia akan mengambil kesempatan penuh peluang ditawarkan pelbagai perjanjian berkenaan. [+]
Tune Talk yakin raih 500,000 pelanggan
TUNE Talk Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan mudah alih terbaru di Malaysia, yakin bilangan pelanggannya akan mencecah 500,000 orang dalam tempoh beberapa bulan akan datang didorong oleh strategi pemasaran dan komunikasinya yang berkesan. [+]
Hab pertahanan negara dilaksanakan akhir tahun
PROJEK Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak, yang dijangka dibangunkan akhir tahun ini, mampu mengangkat nama negara dalam industri pertahanan dan bakal menjadi antara penyumbang utama terhadap ekonomi berasaskan inovasi. [+]
Google hasilkan telefon pintar Nexus One
GOOGLE memulakan tahun 2010 dengan menghasilkan telefon pintarnya sendiri, dikenali Nexus One yang dijangka diperkenalkan esok, dalam usaha meluaskan pengaruh jenama internetnya dalam arena telekomunikasi mudah alih yang sedang berkembang pesat. [+]



Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Jumaat, 1 Januari 2010

SENARAI SHELF COMPANY - RM 2,500.00

Senarai nama syarikat sdn bhd tersedia / shelf company harga RM 2,500.00, modal dibenarkan RM 100,000 modal berbayar RM 2.00. Email ysp2007my@yahoo.com.
Layari http://ysptraining.blogspot.com/