Khamis, 7 Januari 2010

Berita Ekonomi

AirAsia, Jetstar jalin pakatan strategik
AIRASIA Bhd dan Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah milik Qantas Airways dari Australia menjalinkan pakatan strategik yang akan membolehkan kedua-duanya mengurangkan kos operasi, sekali gus menawarkan kadar tambang lebih murah kepada pelanggan. [+]
Indeks lepasi paras tertinggi baru
HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut semalam, walaupun ada sedikit kegiatan mengambil untung. [+]
HDTV berkeupayaan Skype diperkenal Jun
SYARIKAT komunikasi maya, Skype berkata, televisyen definisi tinggi (HDTV) dan berkeupayaan internet baru Panasonic dan LG akan menampilkan panggilan video dan suara Skype. [+]
Kabinet Iraq lulus semua janji niaga
KABINET Iraq meluluskan semua janji niaga dengan firma tenaga asing termasuk Petronas yang masih tertunggak dan majlis memeterai perjanjian bagi sembilan kontrak itu akan diadakan tidak lama lagi, demikian mengikut jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad. [+]
5 PKS hantar produk halal ke Tesco UK
LIMA pembekal tempatan yang juga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan membuat penghantaran pertama merangkumi sembilan jenis produk makanan halal bernilai kira-kira RM600,000 untuk dipasarkan di 180 pasar raya Tesco di United Kingdom (UK) bermula 11 Januari ini. [+]
Naza edar Brabus E-Class terlaju
NAZA-Brabus Motor Sdn Bhd, pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan Brabus di Malaysia dan Singapura memperkenalkan di pasaran tempatan model terbaru Brabus E-Class W212, iaitu antara sedan terlaju dunia. [+]
Logica Malaysia mahu teroka sektor utiliti
LOGICA Malaysia Sdn Bhd, penyedia khidmat penyelesaian rundingan teknologi maklumat berhasrat mengembangkan perkhidmatannya kepada sektor utiliti serta minyak dan gas di Malaysia dalam usahanya untuk mengukuhkan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Asia bagi syarikat induknya, Logica Group. [+]
Bank Islam kendali IPO dua syarikat
BANK Islam Malaysia Bhd diberikan mandat mengendalikan dua tawaran awam permulaan (IPO) bagi dua syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini, menjadikannya bank Islam komersial tempatan pertama menyediakan perkhidmatan itu yang selama ini dilakukan bank pelaburan. [+]
Sektor pembinaan dijangka catat pertumbuhan tinggi
SEKTOR pembinaan dijangka mencatatkan pertumbuhan tinggi antara suku ketiga dan keempat tahun ini atas jangkaan bermulanya pembinaan tiga projek mega. [+]
Layari http://ysptraining.blogspot.com/

Tiada ulasan: