Bank terbesar dunia mula operasi di Malaysia Mac
INDUSTRIAL and Commercial Bank of China (ICBC), bank komersial terbesar dunia yang diberi lesen bank perdagangan susulan persetujuan dua hala Malaysia-China pada November lalu, akan memulakan operasinya di Malaysia, Mac ini. [+]
Pelabur harap indeks meningkat
MINAT terhadap kegiatan memperkemaskan akaun hujung tahun ditunjukkan sesetengah pengurus dana tempatan berjaya menaikkan indeks pada hari terakhir dagangan bagi 2009, ditambah pula kenaikan di pasaran saham global. [+]
FTA Asean-India berkuat kuasa awal tahun
PERJANJIAN Perdagangan Bebas (FTA) Asean-India akhirnya berkuat kuasa Jumaat lalu, selepas mendapat halangan di sebelah India, berikutan kebimbangan dan kritikan mengenai perjanjian perdagangan itu, yang telah dirundingkan selama enam tahun. [+]
Presiden JAL bantah prosedur muflis
PRESIDEN Japan Airlines Corp (JAL) menentang prosedur perisytiharan muflis syarikat itu di bawah rancangan penyusunan semula dan tidak mempunyai cadangan untuk menarik semula sepenuhnya penerbangan luar negara syarikat penerbangan itu, lapor akhbar Asahi Shimbun. [+]
Scientex catat prestasi memuaskan
PEMULIHAN aktiviti perindustrian global menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk pembungkusan perindustrian, sekali gus membantu Scientex Bhd mencatatkan prestasi kewangan memuaskan bagi suku pertama berakhir 31 Oktober 2009. [+]
Angkasa rancang pasar raya produk koperasi
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) merancang membuka pasar raya pertamanya di Lembah Klang tahun ini yang mengkhusus pemasaran produk keluaran koperasi. [+]
Dua lagi penerbangan terus dari Asia Barat
DUA lagi syarikat penerbangan antarabangsa dari negara Asia Barat akan memulakan operasi penerbangan terus ke Malaysia, tahun ini. [+]
Pengeksport Malaysia kena rebut peluang FTA: Muhkriz
TAHUN 2010 mempunyai satu makna besar bagi banyak pihak dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan diharapkan pengeksport Malaysia akan mengambil kesempatan penuh peluang ditawarkan pelbagai perjanjian berkenaan. [+]
Tune Talk yakin raih 500,000 pelanggan
TUNE Talk Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan mudah alih terbaru di Malaysia, yakin bilangan pelanggannya akan mencecah 500,000 orang dalam tempoh beberapa bulan akan datang didorong oleh strategi pemasaran dan komunikasinya yang berkesan. [+]
Hab pertahanan negara dilaksanakan akhir tahun
PROJEK Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak, yang dijangka dibangunkan akhir tahun ini, mampu mengangkat nama negara dalam industri pertahanan dan bakal menjadi antara penyumbang utama terhadap ekonomi berasaskan inovasi. [+]
Google hasilkan telefon pintar Nexus One
GOOGLE memulakan tahun 2010 dengan menghasilkan telefon pintarnya sendiri, dikenali Nexus One yang dijangka diperkenalkan esok, dalam usaha meluaskan pengaruh jenama internetnya dalam arena telekomunikasi mudah alih yang sedang berkembang pesat. [+]
Layari http://ysptraining.blogspot.com/
Isnin, 4 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan